ASSALAMMUALAIKUM AND ANNYEONG-HASEYO...
seperti yg dijanjikan entri kali nie adlh ttg movie yg telah aq n ketot nie buat utk final kami. aq hnya dpt muatkn sinopsis n cover utk movie kami.. hehehe...so enjooooooooooyyyyyyyyyyyyyyy..
SINOPSIS:
"Mengisahkan tentang adam seekor ulat buah yang kelaparan.
Dia pun merayau-rayau untuk mencari sesuatu untuk dimakan. Dia berjalan-jalan
dengan keadaan yang sangat malas. Semasa dalam pencariannya dia terserempak
dengan Irish yang juga merupakan seekor ulat buah yang sangat cantik. Awalnya Adam ingin mengurat Irish namun dia merasa
kasihan melihat keadaan irish yang tidak bermaya. Adam langsung meneruskan
perjalannya. Sepanjang perjalanannya Dia sangat merasa sangat letih dan
badannya berpeluh-peluh. Akhirnya dia menemui sebiji buah epal yang ranum.
Disaat itu adam teringatkan Irish lalu dia berusaha sehabis mungkin untuk
membawa buah epal itu kepada irish. Adam menolak buah epal itu dengan sekuat
tenaganya. Apabila sampai pada Irish, adam langsung mengejutkannya dan
mengajaknya makan epal tersebut bersamanya. Lalu mereka berdua makan
bersama-sama sehingga akhirnya mereka kekenyangan. Mereka terkejut tatkala
melihat epal tersebut yang berbentuk hati. Akhirnya mereka berdua jatuh hati
dan hidup bahagia."
COVER N MORAL OF STORY:
hehehhe. tp sjujurnya si ketot yg mmainkan peranan yg pntig gila2. klo xde dia xjln crite nie. hehehe. aq xde msa yg ckup utk spend dgn dye. nsib baek dye memahami. tp timbu gak rasa bersalah kt dia sbb smua tuh aq xsngaja un..
#kami bg yg terbaek dn kami berharap kami dpt yg terbaek jugak. amiin..
No comments:
Post a Comment